MENGENAL WALI-WALI ALLAH DAN
KAROMAH MEREKA.
|
Dalam
setiap era kemodenan, kehidupan manusia sentiasa berkembang ke arah
kesempurnaan, sehingga terwujudlah adat-istiadat, pengetahuan, budaya, moral,
kepercayaan, aturan kemasyarakatan, pendidikan, undang-undang dan
pemerintahan. Dalam perkembangannya, aturan moral ini tetap mengalami pasang
surutnya. Namun, setiap kali mengalami masa surutnya, pasti akan muncul
insan-insan yang digelar wali-wali Allah yang sentiasa berjuang untuk
mengembalikan nilai moral ke tahap yang tertinggi, sehingga nilai-nilai ini
diserapi kembali ke dalam jiwa manusia. Perkembangan adat dan nilai akhlak
ini terjadi pula dikalangan dunia Islam sejak Allah s.w.t. telah menjelaskan
bahawa Nabi saw mempunyai moral yang paling sempurna . Nabi s.aw.pun
mengenalkan dirinya sebagai utusan yang akan menyempurnakan keperibadian
moral dan akhlak.Justeru itu, Allah s.w.t. telah menyeru umat Islam untuk
menjadikan RasulNya sebagai insan yang sentiasa dicontohi.Nabi Muhammad
s.a.w. telah berhasil membina sahabatsahabatnya menjadi manusia-manusia sufi
yang boleh dibanggakan di hadapan seluruh umat manusia. Padahal pada waktu
sebelumnya mereka adalah manusia-manusia jahiliyah yang berada di tepi jurang
neraka. Tentunya keberhasilan beliau itu tidak lain karena bantuan Allah dan
bimbingan Baginda s.a.w.Dalam kehidupan sehariannya Nabi s.a.w. menyeru dan
mempamerkan cara hidup yang sederhana, selalu prihatin,berharap penuh
keridhaan Allah dan kesenangan di akhirat, dan selalu menjalani kehidupan
sufistik dalam segala tingkah laku dan tindakannya. Kehidupan sufistik ini
dilanjutkan oleh generasi tabi’in, tabi’-tabi’in dan seterusnya hingga kini.
Perjuangan Rasulullah s.a.w. tidak
berhenti setakat masa hidupnya sahaja, namun segala ilmu-ilmu dan nilai-nilai
akhlak Islamiyah telah diwarisi oleh wali-wali yang sentiasa mendokong dan
meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. sepertimana yang disifatkan oleh
Allah s.w.t. dalam salah satu hadis qudsi yang berbunyi :
“Wali-waliKu
berada di bawah kubah-kubahKu. Tidak ada yang mengetahuinya selain Aku”.
Maka wujudnya para wali-wali Allah
tidak dapat dinafikan dan mereka merupakan para kekasih Allah yang terdapat
diseluruh pelusuk bumi di mana sahaja terdapat orang yang beriman. Syeikhul
Islam Ibnu Taimiyah pernah mengingatkan hakikat wujudnya para wali serta karamah
mereka sebagaimana tercatit dalam kitabnya
Fatwa
Ibnu Taimiyah :
“ Wali
Allah adalah orang-orang mukmin yang bertaqwa kepada Allah. Ingatlah
sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan pada diri mereka dan
mereka tidak merasa khuwatir. Mereka beriman dan bertaqwa kepada Allah,
bertaqwa dalam pengertian mentaati firman-firmanNya, penciptaanNya, izinNya,
dan kehendakNya yang termasuk dalam ruang lingkungan agama. Semua itu
kadang-kadang menghasilkan berbagai karamah pada diri mereka sebagai hujjah
dalam agama dan bagi kaum muslimin, tetapi karamah tersebut tidak akan pernah
ada kecuali dengan menjalankan syariat yang dibawa Rasulullah s.a.w.”
Kedudukan wali hanya dapat
diberikan kepada orang-orang yang telah nyata ketaqwaannya. Sementara orang
yang nyata telah melanggar syari’ah tidak dapat diberikan kedudukan yang
mulia ini. Sayangnya, di kalangan manusia, ada orang yang mengaku bahawa
dirinya adalah wali dan memperoleh karamah dari Allah, padahal dalam
kehidupannya sehari-hari mereka tidak melaksanakan syariat Islam dengan baik
sehingga mustahil bagi Allah untuk memberikan darjat ‘wali’ kepada orang
seperti ini.
Yang perlu diwaspadai juga,
syaitan pun dapat membantu manusia untuk mewujudkan keajaiban-keajaiban di
mata manusia. Itulah yang dinamakan sihir. Syaitan pun berupaya membantu
seseorang menghilang dirinya dari pandangan orang lain, dan juga memberi
maklumat kejadian yang akan datang.
Dan inilah yang sering
dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak beriman untuk menipu manusia. Maka,
peri pentingnya bagi umat Islam mengetahui juga akan perkara-perkara luar
biasa yang wujud di alam ini supaya dapat membezakan antara yang hak dan yang
batil. Para wali-wali Allah juga diberi kurniaan yang luar biasa dikenali
sebagai Karamah.
Karamah adalah sesuatu pemberian
Allah swt yang sifatnya seakan-akan dengan mukjizat para nabi dan rasul,
iaitu kebolehan melakukan hal-hal yang luar biasa yang diberikan kepada
orangorang yang dikasihiNya yang dikenal sebagai wali Allah. Mudah-mudahan
dengan pembentangan secebis pengetahuan tentang wali-wali Allah dan karamah
mereka ini, pintu keberkahan para wali-wali Allah akan terbuka bagi kita,
sehingga dapat kita meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Yang Maha
Pencipta.
PENGERTIAN
WALI
DARI
SEGI BAHASA
Wali
dari segi bahasa bererti:-
1.
Dekat. Jika seseorang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah,
dengan memperbanyakkan kebajikan, keikhlasan dan ibadah, dan Allah menjadi
dekat kepadanya dengan limphan rahmat dan pemberianNya, maka di saat itu orang
itu menjadi wali.
2.
Orang yang senantiasa dipelihara dan dijauhkan Allah dari perbuatan maksiat
dan ia hanya diberi kesempatan untuk taat sahaja.
Adapun
asal perkataan wali diambil daripada perkataan al wala’ yang
bererti : hampir dan juga bantuan. Maka yang
dikatakan wali Allah itu orang yang menghampirkan dirinya kepada Allah dengan
melaksanakan apa yang diwajibkan keatasnya, sedangkan hatinya pula sentiasa
sibuk kepada Allah dan asyik untuk mengenal kebesaran Allah. Kalaulah dia
melihat, dilihatnya dalil-dalil kekuasaan Allah. Kalaulah dia mendengar,
didengarnya ayat-ayat atau tandatanda Allah.Kalaulah dia bercakap, maka dia
akan memanjatkan puji-pujian kepada Allah. Kalaulah dia bergerak maka
pergerakannya untuk mentaati Allah. Dan kalau dia berijtihad, ijtihadnya pada
perkara yang menghampirkan kepada Allah. Seterusnya dia tidak jemu mengingat
Allah, dan tidak melihat menerusi mata hatinya selain kepada Allah. Maka
inilah sifat wali-wali Allah. Kalau seorang hamba demikian keadaannya,
nescaya Allah menjadi pemeliharanya serta menjadi penolong dan pembantunya.
Siapakah
yang digelar wali?
1.
Ibnu Abas seperti yang tercatit dalam tafsir Al Khazin menyatakan “
Wali-wali Allah itu adalah orang yang mengingat Allah dalam melihat”.
2.
Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin Zubair berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. telah ditanya orang tentang Wali-wali Allah. Baginda
mengatakan “Mereka itu adalah orang yang apabila melihat, mereka
melihat Allah”.
3.
Abu Bakar Al Asam mengatakan “Wali-wali Allah itu adalah orang yang
diberi hidayat oleh Allah dan mereka pula menjalankan kewajiban penghambaan
terhadap Allah serta menjalankan dakwah menyeru manusia kepada Allah”.
PENGGUNAAN
ISTILAH WALI DALAM AL-QURAN.
“Allah
adalah wali bagi orang-orang yang beriman”.1
“Dia
menjadi wali bagi orang-orang shalih”.2
“Engkau
adalah wali kami, maka kurniakanlah kami kemenangan atas orang-orang
kafir”.3
1
Surah Al-Baqarah: 257
2
Surah Al-‘Araf: 196
3
Surah Al-Baqarah: 286
“Yang
demikian itu adalah kerana Allah itu adalah wali bagi orang-orang yang
beriman, sedangkan orang-orang kafir tidak ada wali bagi mereka”.4
“Sesungguhnya
wali kamu adalah Allah dan RasulNya”.5
4
Surah Muhammad: 11
5
Surah Al-Maidah: 55
Dari
semua ayat itu dapat kita lihat bahawa Allah disebut wali,
orang mukmin disebut wali, seorang yang dewasa yang diberi
tugas melindungi dan memelihara anak kecil juga disebut wali.
Demikian juga orang yang lemah yang tidak dapat mengurus harta-bendanya
sendiri, lalu dipelihara oleh keluarga yang lain, maka keluarga tersebut itu
juga dipanggil wali. Penguasa pemerintah yang diberi tanggung
jawab pemerintahan disebut wali. Ayah atau mahram yang berkuasa
yang menikahkan anak perempuannya juga disebut wali. Lantaran
itu dapatlah kita mengambail kesimpulan makna yang luas sekali dari kalimat wali
ini. Terutama sekali ertinya ialah hubungan yang amat dekat (karib),
baik kerana pertalian darah keturunan, atau kerana persamaan pendirian, atau
kerana kedudukan, atau kerana kekuasaan atau kerana persahabatan yang karib.
Allah adalah wali dari seluruh hambaNya dan makhlukNya, kerana Dia berkuasa
lagi Maha Tinggi. Dan kuasaNya itu adalah langsung. Si makhluk tadi pun wajib
berusaha agar dia pun menjadi wali pula dari Allah. Kalau Allah sudah nyata
tegas dekat atau karib kepadanya dia pun hendaklah beraqarrub, ertinya
mendekatkan pula dirinya kepada Allah. Maka timbullah hubungan perwalian yang
timbal balik. Segala usaha memperkuatkan iman, memperteguhkan takwa,
menegakkan ibadah kepada Allah menurut garis-garis yang ditentukan oleh Allah
dan RasulNya, semuanya itu adalah usaha dan ikhtiar mengangkat diri menjadi
wali Allah. Segala amal salih, sebagai kesan dari iman yang mantap, adalah
rangka usaha mengangkat diri menjadi wali.
Dari
Segi Penggunaan
Wali
pada mafhumnya bererti :-
1.
Seseorang yang senantiasa taat kepada Allah tanpa menodainya dengan perbuatan
dosa sedikitpun.
2.
Seseorang yang sentiasa mendapat perlindungan dan penjagaan, sehingga ia
senantiasa taat kepada Allah tanpa melakukan dosa sedikit pun, meskipun ia
dapat melakukannya.
DALIL-DALIL
WUJUDNYA WALI ALLAH DARI ALQURAN DAN AS-SUNNAH
Dari
Al-quran
Pertama
“Ingatlah,
sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap
mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka itu ialah orang-orang yang
beriman dan mereka selalu bertaqwa. Dan bagi mereka diberi berita gembira di
dalam kehidupan dunia dan akhirat”6
6
Surah Yunus: 62- 64
Dalam
ayat ini Allah swt. menyatakan bahawa para wali-wali Allah itu mendapat
berita gembira, baik di dunia mahu pun di akhirat. Apakah yang dimaksudkan
dengan berita gembira (Busyra) itu?
Pengertian
Al-Busyra (Berita Gembira)
Yang
dimaksudkan dengan berita gembira di kehidupan dunia adalah:
1.
Mimpi yang baik seperti yang tersebut di dalam hadis:
“Al
busyraa adalah mimpi yang baik yang dilihat oleh seorang mukmin atau yang
diperlihatkan baginya”7
“Mimpi
yang baik adalah seperempat puluh enam bahagian dari kenabiaan.”
2.
Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita yang gembira di dunia
ialah turunnya malaikat untuk menyampaikan berita gembira kepada seseorang
mukmin yang sedang sakaratul maut.
3.
Ada pula yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita yang gembira di
dunia ialah turunnya malaikat kepada seorang mukmin yang sedang sakaratul
maut yang memperlihatkan tempat yang akan disediakan baginya di dalam syurga,
seperti yang disebutkan dalam firman Allah swt.:
7
Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim, menurut Al Hakim hadis ini
sahih
“Para
malaikat turun kepada mereka sambil mengatakan:
“Janganlah
kamu takut dan janganlah kamu susah dan
bergembirakah
kamu dengan syurga yang pernah dijanjikan kepada
kamu”8
8
Surah Fushshilat: 62
4.
Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita yang gembira di
dunia ialah pujian dan kecintaan dari orang banyak kepada seorang yang suka
beramal saleh, seperti yang disebutkan dalam hadits berikut:
“Abu
Dzar menuturkan bahawa ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah: “Apakah
pandanganmu jika ada seseorang yang suka beramal saleh, sehingga ia dipuji
oleh orang ramai?” Sabda beliau: “Itu adalah berita gembira kepada seorang
mukmin.”
5.
Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita yang gembira di
dunia ialah karamah dan dikabulkannya segala permintaan seorang mukmin ketika
ia masih di dunia, sehingga segala keperluannya dipenuhi oleh Allah dengan
segera. Seorang ulama berkata: “Jika seorang mukmin rajin beribadah, maka
hatinya bercahaya, dan pancaran cahayanya melimpah ke wajahnya, sehingga
terlihat pada wajahnya tanda khusyu’ dan tunduk kepada Allah, sehingga ia
dicintai dan dipuji oleh banyak orang, itulah tanda kecintaan Allah
kepadanya, dan itulah berita gembira yang didahulukan baginya ketika ia di
dunia.”
Semua
keterangan di atas adalah benar. Sedangkan berita gembira yang sebenarnya
adalah kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada seorang mukmin untuk rajin
beribadah dan keasyikannya untuk beramal saleh. Manakala, yang dimaksudkan
dengan berita gembira di akhirat ialah:
1.
Syurga beserta segala macam kesenangannya yang bersifat abadi, seperti yang
disebutkan dalam firman Allah yang ertinya:
“Iaitu
pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan, sedangkan
cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan
kepada mereka):
“Pada
hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah kejayaan yang besar.”9
9
Surah Al Hadiid: 12
2.
Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita gembira di akhirat
ialah sambutan baik dari para malaikat kepada kaum Muslimin di akhirat, iaitu
ketika mereka diberi berita gembira dengan keberhasilan, diputihkannya
wajah-wajah mereka dan diberikannya buku catatan amal-amal mereka dari
sebelah kanan dan disampaikannya salam dari Allah kepada mereka dan beberapa berita
gembira yang lain.
TANDA-TANDA
WALI ALLAH
1.
Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt.
Dari
Amru Ibnul Jammuh, katanya: “Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang
yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingati mereka.”10
10
Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal.
6
Dari
Said ra, ia berkata: “Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali
Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika
dilihat
dapat mengingatkan kita kepada Allah.”11
11
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam
Al Hilya Jilid I hal 6).
2.
Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.
Dari
Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: “Pada suatu kali Umar mendatangi
tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata:
“Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah
mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah
adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak
ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak
dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”12
12
Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I
hal. 6
3.
Mereka bertakwa kepada Allah.
Allah
swt berfirman: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada
kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu
adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka
diberi
berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”13
Abul
Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda kewalian seseorang adalah redha
dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali kepada Allah
ketika ditimpa bencana.”14
13
Surah Yunus: 62 – 64
14
Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104
4.
Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.
Dari
Umar Ibnul Khattab ra berkata:
“Rasulullah
saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak
tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini
ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.”
Tanya
seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda
beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya,
meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di antara mereka. Demi Allah,
wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbarmimbar dari
cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.”
Kemudian
Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya
wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula
mereka bersedih hati.”15
15
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5
5.
Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik.
Diriwayatkan
dari Ibnu Abbas ra bahwa“Rasulullah saw
bersabda:
“Ada
tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah,
iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi
luhur kepada orang lain.”16
“Rasulullah saw bersabda: “Wahai Abu Hurairah,
berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia
ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia
takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati
tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus,
meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha
Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana takut akan shubhahnya.
Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak
tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi
sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku
dapat bertemu dengan mereka.” Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu
kepada mereka. Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak menyiksa penduduk
bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai
Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang
menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang
berat.”17
16
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’
17
Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya
7.
Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.
Dari
Ibnu Umar ra, katanya:
Rasulullah
saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan
dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya, jika Allah mematikan
mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Segala bencana yang
tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di
hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang
datang.”18
18
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6
8.
Hati mereka selalu terkait kepada Allah.
Imam
Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i: “Bumi ini tidak akan
kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh
keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari
peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka
berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi Allah,
jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia.
Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat diterima
oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan.
Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun
tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut.
Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’I kepada
agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”19
19
Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80
9.
Mereka senang bermunajat di akhir malam.
Imam
Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq:
“Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu merindukan Aku
dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan Akupun
demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu.
Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu.
“ Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?”
Firman
Allah: “Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti seorang
pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka
merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika
malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur
dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri
tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud,
mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka
berdiri, duduk, ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu.
Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam
hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia.
Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka,
maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada
mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?”20
20
Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358
10.
Mereka suka menangis dan mengingat Allah.
‘Iyadz
ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Malaikat memberitahu kepadaku: “Sebaik-baik umatku berada di
tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika mendapat
nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara rahsia,
kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka suka mengingat Tuhannya
di waktu pagi dan petang di rumah-rumah Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan
penuh harapan dan ketakutan. Mereka suka memohon dengan tangan mereka ke atas
dan ke bawah. Hati mereka selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi
perhatian kepada manusia, meskipun mereka tidak dipedulikan orang.Mereka
berjalan di muka bumi dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh
dan selalu berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka
suka mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka membaca Al Qur’an
dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya.
Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka
memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan
mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit. Jiwa
mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia, tetapi akal
mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan akhirat. Dunia dinilai
sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia, tetapi kedudukan mereka di
sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau menyebutkan firman Allah yang
artinya:“Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang takut
kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu.”21
21
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16
11.
Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.
Dari
Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda:“Berapa banyak manusia lemah
dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia berkeinginan, maka Allah
memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah seorang di antara mereka.”
Ketika
Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: “Wahai Barra’,
sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: “Andaikata Barra’ berdoa, pasti
akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami.” Maka Barra’ berdoa,
sehingga kami diberi kemenangan.
Di
medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a: “Ya Allah, aku mohon, berilah
kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu.” Maka kaum
Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur sebagai syahid.
12.
Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.
Abdullah
ibnu Mas’ud pernah menuturkan:
“Pada
suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa
khalaqnakum ‘abathan”, pada telinga seorang yang pengsan, maka dengan
izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya
kepadanya: “Apa yang engkau baca di telinga orang itu?” Kata Abdullah: “Aku
tadi membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum‘abathan” sampai
akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda: “Andaikata seseorang yakin
kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung itu
akan hancur.”22
22
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7
BAGAIMANAKAH
SESEORANG ITU MENJADI WALI ALLAH
Sesesorang
itu menjadi wali dengan salah satu dari dua cara iaitu:-
1.
Kerana Kurnia Allah
Adakalanya
seorang menjadi wali kerana mendapat kurnia dari Allah meskipun ia tidak
pernah dibimbing oleh seorang syeikh mursyid. Allah berfirman:
“Allah
menarik kepada agama ini orang yang di kehendakiNya dan memberi petunjuk
kepada agamaNya orang yang suka kembali kepadaNya.”23
23
Surah A-Syuara’ : 13
2.
Kerana Usaha Seseorang
Rasulullah
saw bersabda dalam sebuah hadits Qudsi:
“Allah
berfirman: “Seorang yang memusuhi waliKu, maka Aku akan mengumumkan perang
kepadanya. Tidak seorang pun dari hambaKu yang mendekat dirinya kepadaKu
dengan amal-amal fardhu ataupun amal-amal sunnah sehinggai Aku menyayanginya.
Maka pendengarannya, pandangannya, tangannya dan kakinya Aku beri kekuatan.
Jika ia memohon sesuatu atau memohon perlindungan, maka Aku akan berkenan
mengabulkan permohonannya dan melindunginya. Belum Aku merasa berat untuk
melaksanakan sesuatu yang Aku kehendaki seberat ketika Aku mematikan seorang mukmin
yang takut mati, dan Aku takut mengecewakannya.”24
24
Hadis riwayat Al-Bukhari
APAKAH
SEORANG WALI MENGETAHUI BAHAWA DIRINYA SEORANG WALI?
Tentang
hal ini, para ulama mempunyai dua pendapat. Di antara mereka, ada yang
berpendapat bahawa seorang wali tidak mengetahui bahawa dirinya adalah
seorang wali. Sebab, ada kemungkinan pengetahuannya tentang dirinya dapat
menghilangkan rasa takutnya kepada Allah dan ia merasa senang.
Tetapi,
ada pula yang berpendapat bahwa seorang wali tahu bahwa dirinya seorang wali.
Syeikh Al Qusyairi berkata: “Menurut kami, tidak semua wali mengetahui bahawa
dirinya seorang wali. Tetapi ada pula yang mengetahui bahawa ia adalah
seorang wali. Jika seorang wali mengetahui bahwa dirinya seorang wali, maka
pengetahuannya itu adalah sebahagian dari karamahnya yang sengaja diberikan
kepadanya
secara khusus.”25
25
Risalah Al Qusyairiyah jilid II hal 662
TINGKATAN
PARA WALI ALLAH
Seperti
para nabi-nabi dan rasul-rasul yang martabat serta kedudukan mereka tidak
sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi martabat berlainan. Di
kalangan para Anbia dan Rasul yang jumlahnya sangat ramai itu pun (Nabi lebih
124,000 dan Rasul 315) yang wajib diketahui hanya 25 orang sahaja (Nabi dan
Rasul) sedangkan yang bakinya tidak wajib diketahui. Daripada 25 orang Nabi
dan Rasul itu ada pula lima orang yang dikurniakan martabat tinggi, dipanggil
‘Ulul Azmi’, iaitu Muhammad s.a.w., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s.
dan Nuh a.s. Para Aulia juga mempunyai martabat yang berbeza-beza. Namun
tidak ada siapa yang dapat mengenal pasti siapakah di antara para Aulia itu
yang tertinggi martabatnya kecuali Allah, kerana fungsi atau peranan para
nabi dan Rasul. Seperti dijelaskan dahulu, para nabi dan rasul yang diutus
kepada manusia harus membuktikan bahawa mereka dibekalkan oleh mukjizat yang
dikurniakan Allah kepada mereka.
Tetapi
para Aulia tidak wajib membuktikan diri mereka sebagai Aulia melalui karamah
yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Bahkan para Aulia dikehendaki
merahsiakan kewalian mereka, apalagi martabat mereka, kecuali dalam keadaan
darurat atau terdesak sahaja. Sebab itu para Aulia tidak dapat dikenal pasti
yang lebih tinggi martabatnya daripada yang lain, sedangkan bilangan mereka
sangat ramai. Mungkin martabat para Aulia itu dapat dikenal hanya melalui
karamah mereka, sedangkan karamah mereka pun tidak wajib ditontonkan kepada
orang ramai, kecuali jika terdesak. Tingkatan para wali dapat dibahagikan
kepada beberapa tingkatan sesuai dengan kedudukan mereka masing-masing di
sisi Allah swt. Di antara mereka ada yang terbatas jumlahnya di setiap
masanya, tetapi ada pula yang tidak terbatas jumlahnya Sehubungan dengan hal
ini, Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan tentang tingkatan dan
pembahagian para wali seperti yang diterangkan dalam kitabnya FUTUHATUL
MAKKIYAH pada bab ke tujuh puluh tiga yang diringkas oleh Syeikh Al
Manawi dalam mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai berikut:
PEMBAHAGIAN
WALI-WALI ALLAH
1.
Al-Aqtab
Al
Aqtab berasal dari kata tunggal Al
Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa
Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai
darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu
Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada
yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan
taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa’ur Rasyidin, Al
Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.
2.
Al-A immah
Al
Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang
mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat
mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang
pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya
hanya tertumpu di alam malaikat saja.
3.
Al-Autad
Al
Autad berasal dari kata tunggal Al
Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya
ada empat orang saja setiap masanya. Kami
menjumpai
seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di
timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap
pelusuk bumi.
4.
Al-Abdal
Al
Abdal berasal dari kata Badal yang
mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada
tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt
untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai
tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal
itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada
seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang
wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya
sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: “Para wali Abdal
mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar
beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri”.
5.
An-Nuqaba’
An
Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib
yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap
masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba’ itu diberi karamah mengerti
sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi
pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya
mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas
jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh.
Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat
bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada
seorang waliNya?
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar